BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 26, 2010

Continue...tmbahan lg 14 fakta..hehehe

Disebabkan k.nurul suke bace fakta ni saye tambah lagi 14..bace jgn xbace..seswai utk org yg dh kawin, yg nk kawin n nk kawin lagi..wawawa =)

1) Jika kamu menyuruh suami menunggu sebentar sebelum melakukan hubungan kerana ingin menyegarkan diri di dalam bilik air, lakukan sepantas mungkin. Jika die menunggu terlalu lama, dia akan mula hilang mood dan mungkin juga tertidur!
2) Sewaktu kamu mula “bermain” dengan suami dan dia tidak beri perhatian, mungkin kamu lakukannya dengan terlalu lemah lembut.
3) Bila suami kamu mencadangkan sesuatu yang “nakal” di ranjang, bersikap terbuka untuk mencubanya selagi ia tidak melanggar batas.
4) Petanda baik jika ada lelaki yang mengacau kamu, kerana mereka mengusik wanita yang disukai saja.
5) Bila kekasihmu melihat wanita lain, ia tidak bermakna apa-apa selain melihat penampilan wanita itu.
6) Jika si dia memuji kamu yang kelihatan cantik bergaya apabila menjemputmu di rumah, dia cuma ingin mengambil hatimu. Namun jika dia memujimu lagi sewaktu temujanji, si dia benar-benar rasakan kamu cantik.
7) Jejaka biasanya ada menyimpan sekurang-kurangnya satu lagu jiwang dalam iPod, namun akan buat tak tahu kala kamu tanyakan mengenainya.
8) Wanita juga manusia dan perlu menjalani proses biasa seperti “sendawa” dan terlepas “angin”. Tetapi jika kamu berbuat demikian di hadapan si dia, baginya itu lebih teruk berbanding jika dia yang melakukan perkara tersebut di hadapan kamu. Itulah hakikatnya.
9) Agak menjengkelkan apabila kamu mengambil masa terlalu lama untuk bersiap, tetapi bila kamu tampak hebat, serta merta semuanya dimaafkan kerana sangat berbaloi.
10) Bila si dia bercerita mengenai perkara yang pernah dilakukan untuk bekas kekasih, tujuannya hanya satu – menunjukkan kepada kamu bahawa dia teman lelaki yang baik.
11) Bukan idea yang baik jika kamu menganalisa setiap perkataan “kasar” yang diluahkan si dia ketika kalian sedang bertengkar, kemudian gunakannya sebagai alasan kononnya si dia tidak mencintaimu lagi.
12) Melihat sifat kamu yang “nakal” membuatkan si dia berasa lebih rapat denganmu. Samalah seperti kamu berasa lebih rapat dengan jejaka bila melihat mereka memiliki sifat sensitif.
13) Menyuruh buah hati membawa be tanganmu di khalayak ramai mungkin nampak seperti si dia membantumu, namun baginya pula seolah-olah sedang memakai skirt pendek – kejantanannya tercantas.
14) Ketika kamu bertanya berapa ramai bekas kekasihnya, jejaka akan menjawab “sedikit” jika dia sukakan kamu, tetapi dia akan menjawab “ramai” jika dia tidak serius dan hanya ingin mempermainkanmu.

3 comments:

Anonymous said...

masalah dah adik ko ni yoi..huhu

YOI said...

aiyak..nyah gedik tul la kau..ish3..

YOI said...

petua jaga umahtangga dia semua bab SX je..aih, banyakla anak ko nanti miela oooiiii...