BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 26, 2010

Continue...tmbahan lg 14 fakta..hehehe

Disebabkan k.nurul suke bace fakta ni saye tambah lagi 14..bace jgn xbace..seswai utk org yg dh kawin, yg nk kawin n nk kawin lagi..wawawa =)

1) Jika kamu menyuruh suami menunggu sebentar sebelum melakukan hubungan kerana ingin menyegarkan diri di dalam bilik air, lakukan sepantas mungkin. Jika die menunggu terlalu lama, dia akan mula hilang mood dan mungkin juga tertidur!
2) Sewaktu kamu mula “bermain” dengan suami dan dia tidak beri perhatian, mungkin kamu lakukannya dengan terlalu lemah lembut.
3) Bila suami kamu mencadangkan sesuatu yang “nakal” di ranjang, bersikap terbuka untuk mencubanya selagi ia tidak melanggar batas.
4) Petanda baik jika ada lelaki yang mengacau kamu, kerana mereka mengusik wanita yang disukai saja.
5) Bila kekasihmu melihat wanita lain, ia tidak bermakna apa-apa selain melihat penampilan wanita itu.
6) Jika si dia memuji kamu yang kelihatan cantik bergaya apabila menjemputmu di rumah, dia cuma ingin mengambil hatimu. Namun jika dia memujimu lagi sewaktu temujanji, si dia benar-benar rasakan kamu cantik.
7) Jejaka biasanya ada menyimpan sekurang-kurangnya satu lagu jiwang dalam iPod, namun akan buat tak tahu kala kamu tanyakan mengenainya.
8) Wanita juga manusia dan perlu menjalani proses biasa seperti “sendawa” dan terlepas “angin”. Tetapi jika kamu berbuat demikian di hadapan si dia, baginya itu lebih teruk berbanding jika dia yang melakukan perkara tersebut di hadapan kamu. Itulah hakikatnya.
9) Agak menjengkelkan apabila kamu mengambil masa terlalu lama untuk bersiap, tetapi bila kamu tampak hebat, serta merta semuanya dimaafkan kerana sangat berbaloi.
10) Bila si dia bercerita mengenai perkara yang pernah dilakukan untuk bekas kekasih, tujuannya hanya satu – menunjukkan kepada kamu bahawa dia teman lelaki yang baik.
11) Bukan idea yang baik jika kamu menganalisa setiap perkataan “kasar” yang diluahkan si dia ketika kalian sedang bertengkar, kemudian gunakannya sebagai alasan kononnya si dia tidak mencintaimu lagi.
12) Melihat sifat kamu yang “nakal” membuatkan si dia berasa lebih rapat denganmu. Samalah seperti kamu berasa lebih rapat dengan jejaka bila melihat mereka memiliki sifat sensitif.
13) Menyuruh buah hati membawa be tanganmu di khalayak ramai mungkin nampak seperti si dia membantumu, namun baginya pula seolah-olah sedang memakai skirt pendek – kejantanannya tercantas.
14) Ketika kamu bertanya berapa ramai bekas kekasihnya, jejaka akan menjawab “sedikit” jika dia sukakan kamu, tetapi dia akan menjawab “ramai” jika dia tidak serius dan hanya ingin mempermainkanmu.

Saturday, July 24, 2010

33 PERKARA SI DIA HARAP KAMU TAHU

Bola..gadis jelita.. TV plasma.. satu perkara menarik tentang jejaka ialah mereka tidaklah serumit mana pun, dan tidak sukar untuk membahagiakan mereka. Namun apabila menyentuh isu perhubungan, agak payah untuk meneka apa yang bermain di minda mereka itu.
~Petikan ini diambil dari majalah Cosmopolitan Julai 2010. Kena quotes..kalo x org ckp aku ciplak..hehehe. Lets check out ape 33 perkara mengenai lelaki yg kite patut tau & mmg kena tau. Lelaki akn lbh dihargai (disayangi) apabila kite mempercayai mereka & jgn sesekali sangsi akan perbuatan mereka. *tapi klo mmg dh jahat tu jahat jgk kn???hahahaha…
1)Jejaka seringkali memikirkan tentang buah hati lebih dari yg kamu sedari, Cuma si dia tidaklah menelefon kamu setiap kali ia terjadi.
2)Sebagai suami, mereka tidak pernah berkongsi “kisah dlm kelambu” bersama teman. Tetapi mereka pastikan teman-teman tahu mereka gembira dgn layanan kamu di kamar.
3)Jika kamu menyuruh buah hati meminta panduan org lain ketika tersesat jalan, ia samalah seperti si dia menyuruh kamu meminta nasihat fesyen dr wanita lain.
4)Suami sebenarnya suka jika kamu memulakan langkah pertama sewaktu di ranjang & mereka lbh suka jika kamu lakukannya dgn kerap lagi. Jika asyik suami yg diharapkan mnjadi “nakhoda” secara tdk langsung kamu memberi tekanan kpd suamimu tnpa kamu sedari.
5)Jika seseorang jejaka ada peluang yg cerah dgnmu & kamu juga sukakan si dia, jgn terlalu “jual mahal”. Lelaki takut dgn perkataan “TIDAK” & si dia akn mengandaikan kamu tdk berminat & akan berhenti menghubungimu.
6)Walaupun si dia suami kamu (dan kamu selesa bersamanya) tak bermakna kamu boleh membuat urusan “kecil” dan “besar” di hadapannya ketika kalian berada di dalam bilik mandi. Perkara sebegini lebih baik dilakukan kala kamu bersendirian saja!
7)Lelaki lebih suka kamu berpakaian sopan dan “tertutup” ketika kalian keluar bersama teman-temannya. Hanya si dia sbagai suami yg mempunyai keistimewaan utk melihat tubuhmu.
8)Selagi lelaki belum mengajak kamu berbicara mengenai perkahwinan & masa depan bersama, anggap saja kamu masih berada dalam senarai menunggu si dia.
9)Jika kamu meminta buah hati melakukan sesuatu untukmu, si dia akan berasa “gagah” bak lelaki sejati. Tapi jika kamu memberitahu bagaimana untuk melakukan sesuatu, ini hanya akan membuatkan si dia teringat kembali zaman sewaktu kecil bersama ibunya.
10)Apa saja perkara yg dilakukan si dia ketika janji temu yg membuat kamu kagum, kebanyakannya dipelajari drpd bekas kekasih.
11)Kamu mungkin pernah dengar bahawa seorang lelaki yg pandai menari adalah seorg yg cergas beraksi ketika di ranjang. Itu tidak benar sama sekali kerana kebanyakan lelaki tidak selesa menari kerana risaukan pandangan org lain terhadapnya.
12)Jika kamu seringkali kata dia “BETUL” – tak kira apa sebabnya – dia akan lebih menyukaimu.
13)Cara teroantas utk membuat suamimu melakukan sesuatu yg mampu memuaskan kamu di ranjang amat mudah. Cuma tanyakan jika si dia inginkan “cabaran”.
14)T-shirt murah paras peha (yg kamu kenakan tanpa pakaian lain) ternyata lbh seksi berbanding baju tidur seksi yg mahal.
15)Lelaki agk sensitive bila org lain berbicara tentang susuk tubuh mereka (tetapi tidak akan sesekali mengakuinya). Jika kamu mengusik suami tentang perutnya yg buncit, dia akn buat tak endah, namun dia pasti akan menelitinya kala bersendirian.
16)Jika kamu tidak menyukai ibu buah hati, si dia pastinya tidak bersetuju. Tetapi jika kamu sentiasa bersetuju dgn ibunya, dia juga tidak akan suka.
17)Suami tidak “pandai” membaca isyarat tubuh di ranjang, jadi kamu perlu memberitahunya jika kamu inginkan sesuatu.
18)Ketika kamu bangun dari meja makan di sebuah restoran utk menuju ke bilik air, si dia akan imbas satu restoran itu utk melihat jika ada lelaki lain sedang memerhatikan kamu.
19)Hubungan intim suami isteri akan jadi lbh bermakna jika kamu merenung ke dalam mata suami ketika kalian sedang berasmara.

~~Balance lg 14 fakta next post aku ltk ek..byk plak taip kali ini.. :)

Tuesday, July 20, 2010

welcome to my blog..ntah ape2..

Tetibe ada desire nk wat blog..hahaha..semua ni pengaruh dari erina..next time i will post another story ok...chow..